Monday, September 29, 2008

Why Women Are So Special...

Mum and Dad were watching TV when Mum said, "I'm tired, and it's getting late. I think I'll go to bed."

She went to the kitchen to make sandwiches for the next day's lunches.. Rinsed out the popcorn bowls, took meat out of the freezer for supper the following evening, checked the cereal box levels, filled the sugar container, put spoons and bowls on the table and started the coffee pot for brewing the next morning.

She then put some wet clothes in the dryer, put a load of clothes into the washer, ironed a shirt and secured a loose button. She picked up the game pieces left on the table, put the phone back on the charger and put the telephone book into the drawer.

She watered the plants, emptied a wastebasket and hung up a towel to dry. She yawned and stretched and headed for the bedroom.

She stopped by the desk and wrote a note to the teacher, counted out some cash for the excursion and pulled a text book out from hiding under the chair. She signed a birthday card for a friend, addressed and stamped the envelope and wrote a quick note for the grocery store. She put both near her bag.

Mum then washed her face with 3 in 1 cleanser, put on her Night Solution & age fighting moisturizer, brushed and flossed her teeth and filed her nails.Dad called out, "I thought you were going to bed." "I'm on my way," she said. She put some water into the dog's dish and put the cat outside, then made sure the doors were locked and the patio light was on.

She looked in on each of the kids and turned out their bedside lamps and radios, hung up a shirt, threw some dirty socks into the basket, and had a brief conversation with the one up still doing homework. In her own room, she set the alarm; laid out clothing for the next day, straightened up the shoe rack.

She added three things to her 6 most important things to do list. She said her prayers, and visualized the accomplishment of her goals. About that time, Dad turned off the TV and announced to no one in particular. "I'm going to bed." And he did...without another thought.
Anything extraordinary here?Wonder why women live longer...? 'CAUSE THEY ARE MADE FOR THE LONG HAUL...... (and we can't die sooner, we still have things to do!!!!)Send this to five phenomenal women today...they' ll love you for it! Forward this to as many men as you can so that they know why women are so special ?? ......whether a housewife or a working woman, every woman is special in her own way..

If U men agree, hand on heart, that women are special, just respect them as they are ...and their individualism and independence.

Cheers to womankind!!

Monday, September 22, 2008

Sesi karaoke


Biler nak gy karaoke Peh?

Itu lah ayat yang aku asyik dengar semenjak dua menjak nie. Mula2 Ipah.. pastu si Eza.. Ainin lak... latest si Zue. Pastu ulang2 sampai aku rase nak penampo jer siape yang tanye. Sabau ler. Korang kan very the busy.. bile la pulak nak gy. Tapi yang best aku dah gy ngan rakan seperjuangan aku (entah ape yang kami juangkan) dua kali. First gy kat Ampang. Mahal la gak. Tapi sebab gatai nak cube gak.. n baru dapat gaji... pegy gak. Ouhhh... sejam jer dowh. Baper lagu jer dapat nyanyi. Tak sempat nak dengau truely my projection of voice (Ini aku slalu dengau.. tapi taktau mane aku dapat... haha). Best jugak eh... aku pegy berdua ajer ngan kawan aku.. so tak la brape segan kan nak testing. Kali kedua aku gy ngan rakan seperjuangan yang sama ditambah rakan seperjuangan yang kedua, Lela. Tapi pi kat KTV Sg Wang. Wahhh... sangat berpatutan harge. Ader siap lunch buffet lagy. Brape belas tah aku bayor ari tuh.. Nyanyi sampai 3 jam. Uissh... habis semua lagu favourite aku dah dialunkan. Sangat menarik. Rase la cam perform ala ala secretary week. Muahahaha. Yang best mase nak balik... baru aku perasan ari Senin paling murah.. RM 9 jer.. itu termasuk lunch buffet tau. Ko boleh nyanyi dari kul 11 pagy sampai 3 petang. Ah melalak la... 4 jam tue. Tapi Lela memang tak buleh jady rakan duet aku. Habis lagu tue. Entah aper2 tak sincronize suare kami. Very the fail. Aku dah set dah ngan rakan seperjuangan aku tue bahawasanya setiap bulan ... ada lah ari Isnin kami akan pegy menziarahi pusat karaoke itu. Ahahaha. Nasib baik aku keje malam. Takkan gatai nak amik cuti lak. KuiKuiKui. Sangat berpatutan. Tapi biler aku dah start makan2.. ah ilang terus stamina nak nyanyi. Camne tue? Kena nyanyi dulu arr... baru makan. Sengal. Conclusionnye.. aku dah tau lagu ape yang bersesuaian ngan suare aku. Rakan seperjuangan aku tue sibuk suh nyanyi lagu Abg Nuar. Memang la cam ala2 sedap jer aku nyanyi time first verse. Tapi biler time high pitch.. jady lah sangat tak menarik. Haha. Bengong tul. Ipah cakap aku ala2 akan nyanyi lagu Oldies. Haha. Betui la tuh. Kat saner variety choices of songs. Tapi aku nie kan versatile... semua lagu pon buleh ler. :P. Tunggu ah... lepas raye buleh la pegy beramai2. Korang tak nyanyi siap! Nie ader ker nak suruh aku jer nyanyi. Kalau aku dapat bayaran takpe lah gak. Ahahaha. Lets us karaoke.....

Friday, September 12, 2008

Ibuku Seorang Pembohong

Ibuku seorang pembohong ???
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu... Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

*** buat renungan mu wahai anakanda ***

Thursday, September 4, 2008

Daddy

Hari nie 4 Sept 2008 genap 13 tahun arwah ayah aku meninggal. Entah lah aku tibe2 rase rindu sangat2 kat dier. Tahun2 seblum nie aku tak berapa ingat tarikh kematian dier. Aku masih ingat lagi kecik2, aku ngan adik aku mesti naik motor papa aku antor g sekolah. Gy kelas ngaji. Papa aku cukup marah kalau aku ponteng kelas. Sekolah rendah... pagi gy sekolah rendah.. petang gy kelas agama. Mase darjah 5 n 6.. tambah lagi pi kelas tuisyen. memang penat... full day gy sekolah. Tapi papa aku pakse gak pi sekolah. Papa selalu bgtau... papa nak ko ngan bek belajarrajin2. Dah besar esok jadik org besar2.. biar orang hormat kita. Aku slalu ingat semua pesan papa. Memang kecik2 aku nakal... papa selalu marah. Tapi aku tau dier mmg sayang anak2 dier. Ingat lagik... aku slalu malas nak angkat beg sekolah pi bawak naik rumah. Aku tinggal jer kat tangga n aku pi kedai. Pi bace majalah. Biler nak naik tengok2papa dah angkat beg. Tahun 1995... tahun terakhir aku bersama papa aku. tahun terakhirdier... dier selalu nmpk penat. Aku selalu ingat... itu normal. Orang tua kan. Tapi aku tak tau sebenar2nyer papa aku sakit. Aku ingat sakit biase. Slalu pi University Hospitalcheck up. The very last year, dier dah cam tak larat lagi main badminton ngan aku ngan adik. Selalu gelak2 main. Dier slalu gak marah2 time tue... maybe sebab sakit aku rase. Entah lah.... Rasenyer dekat dua minggu dier admit kat hospital. Mak aku la yang pi jaga dier siang malam. Sian kat mak aku. Dah tade orang nak antar aku pi sekolah. Time tu dah dekat2 sangat ngan UPSR. Aku takut sangat2. Sebab aku tau... family belah mak aku semua pandai2. Sepupu2 aku... yang lebih tua dapat straight A's. Aku takut aku tak boleh buat. Yelah.. mak ngan ayah aku belajar takat SPM jer. Diorg mmg harap2 sangat aku boleh buat. Walaupon diorg tak penah paksa aku tapi aku tau diorg memang nak aku dapat. Selalu pesan suruh belajar pepandai. Dalam keadaan camtu, aku dapat gakbelajar n ambik exam. Aku rase lega walaupon aku belum tau pon result caner. Tapi sekolah still jalan cam biase after exam. Tinggal one week jer lagy nak cuti penggal. Dekat sekolah mase aku dalam class...tibe2 sorang cikgu mai class aku. Cakap dengan cikgu kelas aku nak bawak aku gy ofis. Hati aku dah berdebar sebab risau aku ader buat salah ker. Sampai kat sekolah, aku dah tengok kawan2 mak aku.. cikgu2sekolah dah menangis. Lagi buat aku cuak. Naper nie. Diorg tak cakap ape2 pun. Terus ader sorang cikgu bawak aku pi hospital. Sampai situ aku tengok ramai dah org kumpul. Aku rase berdebar sangat. Tengok kat katil papa... dah tutup penuh sampai ke kepala. Badan aku jadi menggigil n aku terus je menangis. Memang tak sangka... cepat sangat mase berlalu. Sekarang pun aku dah 25 tahun. Rase macam baru sangat walaupun dah berlalu berbelas tahun. Papa... Anak papa dua orang nie dah dapat pun result UPSR.. Straight A's... same ngan sepupu yang lain. Aku harap sangat papa dapat tengok dari jauh macam mane mak besarkan anak2 dier. Ya Allah... himpunkan papa aku ngan orang2 yang soleh. Amin.