Wednesday, March 18, 2009
US shift
Saturday, March 14, 2009
... nice smells ...
Manager : Pehh... u nampak comel ari ny
Peh : *smiling terpaksa*
Manager : ooohh... patut larr amik half day. nak nampak fresh kan.. ooppss... ader photo session jap lagy kan
Peh : *aku tak siap powerpoint aku lagy bangang.. esok nak present*. Eehh.. takde la.. i x siap lagy assignment esok nak kena present.
Manager : ooohh.. kantoi. Nak present esok buat last minute.
Peh : *lepuk gak kang.. aku dah start lama dah*. Tak larr... i nak edit sikit2 aper yang patut.
******** seketika kemudian... lalu seorang chinese gurl belakang aku ************
Gurl : hey... u are using Giorgio Armani perfume is it?
Peh : *smiling* yaaa?
Gurl : I like the smell. It is the best among that brand.
Peh : oohh ya... it is..
Gurl : nice smells... good choice for u.. c u around..
Peh : *smiling*... c u around...
Thursday, March 12, 2009
For-Bid-Den Part III
Sesuatu yang sukar kita dapat atau yang memang tak boleh didapat itulah benda yang kita mahukan semahu mahunya. Kejam kan perasaan manusia ini. Sukar untuk dimengerti... Kepada sahabatku 'aku yang ensem' kita sebenarnya harus sama-sama menentang arus gelombang perasaan yang semakin menikam kalbu. Adus.. penin pulak memikirkan ayat-ayat syahdu nie. Ahahahaha. Be strong... insyallah kamu akan berjaya... buktikan pada mereka-mereka kamu jua boleh berjaya.
p/s: Pulang ke tempat asal mu ya... temankan aku?
Mode : Assignment
Peh Chai is in assignment mode. Peh Chai tak paham what is the reason putting all those difficult formulas' in journals. Semakin memeningkan untuk mengexplain.
Mode again : DO NOT DISTURB
Sunday, March 8, 2009
Salam Takziah
Peh : Helllo...
Kak Liza : Hello... faizal.. kak liza nie.
Peh : Ha... yer kak.
Kak Liza : Sorry telepon pagi2 mengganggu. Akak nak bagitau nie. CC Zul meninggal. Akak baru on the way nak gy umah dier.
Peh : Hah !! Inallilah...
... Aku bangun dalam mamai2 tu.. mandi n terus pegi Setiawangsa. Aku pegy umah CC Zul last sekali raya... 2 tahun lepas. Dah lamer tak jumpe boss aku tue.. tup tup meninggal. Adeh.. teringat memori bekerja dibawah dier. Boss yang paling sporting. Selalu bergaduh dengan dier.
CC Zul : Peizal... Ko baik stay ari nie. Aku nak balik ny. Voucher melambak nie.
Peh : Eh... Mane aci camnie. Saya nak balik gak. CC buleh balik.
CC Zul : Peizal... Ko nak gy Padang Besar tak.. Ko kata nak shopping. Baik ko ikut ah. Bebudak nie ikut. Nak aku reserve name ko.
Peh : Nak laa cc.. Dah tentu saya nak abiskan duit. OT bulan nie melambak ah. CC ahh suh balik lambat ari2. Penat ahh.
CC Zul : Ko nie banyak cakap pulak. Ko tak nak duit ke?!
CC Zul : Peizal... Ko incharge majelis Raya tahun nie. Aku nak buat sesi karaoke.
Peh : Alllaa... CC nie macam takde orang lain pulak. Cari ah orang lain. Malas Malas.
CC Zul : Ngengade ko... buat jelah. Ehh.. aku mcm ader dengar suare ko. Sedap gak ko nyanyi. Ko nyanyi ek skali.
Peh : Ehhh.. tak kuase ah. Memandai cc nie. Dah dah.. saya incharge jek. Tak mau ahh menyanyi depan orang. Nervous.
CC Zul : Peizal... Ko nie dah kul satu lebih nie. Jom jom gy semayang jumaat.
Peh : Nak pegy la nie. Tunggu cc ah nie..
Peh : CC... biler nak pegi jalan2 lagy nie. Selalu last minute nak pegy baru bgtau kan. Macam saya chop duit jek.. jam jam tuh nak duitkan.
CC Zul : Ahhh.. aku mmg selalu last minute. Ko kalau takde duit mcm aku taktau... selalu mintak mak ko kan.
Peh : Wah wah.. biler masenye. Memandai cc nie.
CC Zul : Peizal... Aku rase cam sedih ah ko nak keje tempat lain. Ko tau tak bulan depan aku baru nak mewar2kan nak bagi ko something. Ko pon tau ko pekerja paling bagus sini. GM pon dah setuju.
Peh : Alllaa... cc nie. Saya dah nak chow baru sibuk nak bagikan.
CC Zul : Ko nak kena lepuk ngan aku ke? Ko baru masuk kewangan dua bulan je kan.
Peh : Ahhh... cc nie sikit nak lepuk. Takpe lah cc... takde rezekikan. Mane tau lepas2 nie saya masuk Syabas balik kan...
Peh : CC saya nak balik sharp 5.20. Saya sangat malas... nak tengok Mutiara Hari.
CC Zul : Hish.. ko nie tak abis2 ngan citer tu. Esok ko jangan ngengade nak balik awal.
Peh : Encik Zul.. crite tuh tetiap ari lah kecuali Ahad. Okey ari Ahad .. saya stay. Ahahaha. Bye cc..
CC Zul : Peizal.. ko dah confirm nie. Belanja la aper2. Bebudak nie confirm tak belanja aku ape2 pon
Peh : Eh.. bawak lah bersabor. Gaji ujung bulan. Kan saya cakap cukup bulan satu department buffet nasi beriyani. Dah order tau
CC Zul : Ehh.. sedap ah nasi beriyani ko nie. Mane ko order. Aku amik dulu ah.. tak kuase aku nak tggu time rehat. Banyak ko order. Buleh panggil tetiap tingkat.
Peh : Dah kata nak belanja semua... Tak tau kan biler lagy nak belanja. Biar ah sekali jek.
CC Zul : Peizal... Ko keje baik2 tau. Ari nie last day ko kan. Jangan sia2 kan hidup. Ko mude.. pandai.. rajin.. toksah ah dengar benda2 nyamuk nie. Kalau ko rase tak best keje IBM tuh... datang balik Syabas nie. Pintu sentiasa terbukak...
Peh : CC nie.. cam saya nak gy obersea. Jangan ah cakap camtu. Kang nangis kang.
...... Salam Takziah buat keluarga Encik Zul... Semua dah tinggal memori. Tetapi di rumah cc tadi jua aku juga bertemu dengan seseorang yang pernah hampir bertakhta dihati aku... memori gak.. makin cantik..
Peh : oi.. cik eja.. oo eja.. tak nampak aku ke.
Eja : Ehh Peizal... *senyum*
Rakan aku yang aku dah lupe name : Ko nie.. nampak eja jek. Aku ko tak nampak kan.
Peh : Hehe.. *wink*wink*
Sunday, March 1, 2009
Tenang
| Aku menaip warkah untuk blog ini diketika berada dikampung. Today rase cam tenang skit selepas beberapa hari rase gundah gulana. Mungkin rindu... mungkin terasa jauh. Entahlah... Feel better skit... cheers.. |
Wednesday, February 18, 2009
Oh Lelaki Hensem ! I luv you.
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke pondan !!
Ladies… right?
Copyright Oh!Tidak