Monday, January 2, 2012

Pre - Wedding Montage

... Buat tatapan sesapa yang tak sempat hadiri wedding iollz or juga yang mebi tengah ngumpat masa video nie ditayangkan.. ataupun kepada beberapa pihak yang mendakwa telah DIHALAU keluar dewan majeliss glamss iollz nie ... oooppsss..... nie pre -wed video yang sempat iollz persembahkan masa wedding on my side 9.10.11... enjoy peeps ...

Saturday, December 31, 2011

eh .. eh .. ramainya stalker

.. oh nmpknya makin ramai viewers disini .. just nak ingatkan disini yaa .. pada yang dengkis dengan wedding n honeymoon ke korea tu... buat lah wedding kat hotel 7 bintang dan pegi honeymoon kat Vanice eh ... tak yah la menceceh kat satu dunia ... yg penting iollzz tak amik duit sesapa! setakat jadi guarantor study aku tu yg kunun2 dah blacklisted .. sila lah pegi sndiri ya agensi berkenaan untuk check. dan sekali lagi diulang itu untuk degree .. bukannya master. Master i ade duit nak bayar sndiri hokey~ okeh la.. next trip i nak pegi swiss .. nie dah bgtau sesiap kat semua so tak yah la nanti baru nak meroyan.. kalau rs nak ajar anak org tu.. sila ajar anak sndiri dulu ya ..

Thursday, December 29, 2011

Ratu Drama Meroyan

... Alhamdulillah ... setelah beberapa belas tahun dendam kesumat yang tersimpan terhadap ratu drama meroyan.. akhirnya tembelang dah pecah dan disaksikan oleh anak beranak beliau. Menjerit jerit mcm org kena rasuk. Tak perlu aku ungkit apa dendam yang tersimpan, sebab benda dah lepas pun.. dan kalau orang lain tahu mungkin akan menyebabkan beliau terjun bangunan. Aku ingatkan tak puas hati masa aku kecik-kecik ja... Rupanya sampai wedding aku nak cuba diumpatkan. Mungkin aku salah kalau setakat nak cakap mcm nie ... "eh, aku nie takde la nak membazir buat wedding anak aku kat Club mcm nie".. tapi kalau beliau pegi mencuba untuk mengumpat pada beberapa orang dalam hari yang sama. Apakah itu? Kalau kau tak nak buat wedding mcm tu.. sudah lah... Aku nie anak buah laki kau kut. Giler hape ko nak pi mengumpat kat adik beradik laki kau. Kau dah menopaus eh? Mak aku menopaus pun takde la meroyan mcm gitu. Haiyooo.. Dan benda yang kau tak tahu lagi adalah... sekutu kau tu atau "jiran rapat kau tu" selalu mengumpat pasal kau tau.? Kau tak tau kan.. takpe, bila masa dan ketika sampai kau akan tau. Sekarang nie 8 Family vs 2 family. Tak lama lagi 9 family vs 1 famili sebab yang 1 famili tu masih lagi terumbang ambing dengan citer sebenar. Dan pada anak sulung beliau tu, aku tak salahkan kau kalau kau terasa hati sebab kau tak tahu cite sebenar. Walaupun begitu, aku masih berterima kasih pada anak sulung beliau yang bagi aku wang sebagai hadiah hari perkahwinan. Cuma kau seorang sahaja dalam ramai sepupu belah mak aku yang bagi. Aku akan ingat sampai akhir hayat sebab aku tau itu ikhlas daripada hati kamu. Cuma yang aku kesalkan kau boleh mempersoalkan majlis aku. Yes, aku dah maafkan keterlanjuran kata-kata kau sebab mungkin aku ada silapnya tapi aku tak akan maafkan apa sahaja yang dituturkan oleh Ratu Drama Meroyan sebab beliau sudah melampaui batas. Dan buat Ratu Drama Meroyan, kau cakap kau tak khusyuk solat sebab terngiang-ngiang membaca carutan adik aku ya. Baiklah, kami sendiri akan mencarut depan-depan biar kau dengar puas-puas supaya segala tembelang kau akan pecah. Walaubagaimanapun terima kasih pada segala umpatan Ratu Drama Meroyan kerana jika tidak aku tak akan dapat menggenggam Ijazah Master aku dan juga menjadi seorang PTD. =)

Saturday, November 19, 2011

sekali lafaz ~




Alhamdulillah... pada 3 September 2011, aku telah selamat diijab kabul dengan Roshaliza Hashim dengan sekali lafaz. Percintaan hampir 7 tahun telah selamat dimeterai... wah ayat tak menahan kan... =). Segala berjalan lancar dan terimas semua yang hadir dimajlis aku di Ipoh, Perak. Banyak suka dan duka kami kongsi yang memang tak dapat aku ceritakan disini. Terlalu banyak ... Apa2 pun doakan kebahagian kami sehingga akhir hayat. Lots of Luv

p/s: Merasa gak naik Mercedes Brabus =) ... sponsorship by Abg Mizi & Kak Jannah. TQ




Thursday, November 10, 2011

Wedding ~ 9.10.11

Sudah lama tak dicoretkan cerita dalam blog aku neh. dah berhabuk nampaknya... tapi pembaca tetap ada walaupun jarang diupdate. =) oh yaaa... baru ja bertukar status sebagai husband.. huhuhu... agak janggal lidah ini untuk menyebut.. hehehe.. aku sangat gembira dan berbangga dengan kejayaan wedding aku bulan lepas. Bagi yang tak tahu.. ianya telah diadakan di The Club pada 9.10.11. Alhamdulillah majority daripada tetamu yang hadir.. datang mengucapkan tahniah pada aku dan juga family. Aktiviti dan video yang direncanakan begitu menarik perhatian mereka. Sampai guru besar sekolah rendah aku mengucapkan tahniah kepada kak long diatas ucapan penuh semangat dan syahdu yang beliau berikan. Oh yaa... thanks to Kak Long kerana faham jugak apa yang aku mahukan beliau sampaikan kepada audience.



Sahabat2 rapatku yang sanggup bersusah payah berlatih menyanyi dan juga menari sepanjang minggu, begitu membuatkan hati aku tersentuh. Aku tak sangka aku mempunyai sahabat2 begini. Kami berlatih menyanyi sehingga tengah malam semata untuk mendapatkan tune suara berkumpulan yang sedap. Masing2 memberikan pendapat sendiri bagaimana mahu menjadikan persembahan lebih menarik. Thanks semua. Macam gambar diatas... mereka semua sudi mengikut tema merah putih... huhuhuhu... terharu.. nampak sangat professional kan.. wpon seminggu jer berlatih... =) Naseb baik la suara aku ada dimalam tersebut nak melafazkan ayat terakhir dalam lagu "Kaulah Segalanya"... Goshhh... siap hafal lagu tuh.. Alhamdulillah berjaya juga melaksanakan ayat terakhir tu... siap buat acrobatic kat line tu walaupun sebaris je ayat.. hehehe.. Recap balik... "cintaku padamu... ikhlas sejati"... insyallah.. sayang dan cinta aku pada wife akan kekal sehingga akhir ayat.

Terima Kasih juga pada pihak2 yang sudi menaja majlis aku... hehehe.. klasss macam artis ade sponsor... video tue disponsor oleh sahabat aku... shantekkan.. penat tau shotting dua hari semata nak mendapatkan shoot yang menarik. Mokie, u are the best! Hidangan sushi juga turut disponsor oleh sahabat baik aku. Beliau yang datang sendiri untuk buat sushi dan sashimi tu semua.. Tenkiu Lela...

Tak lupa... adik dan mummy yang melayan tetamu2 yang datang. Kesian adik aku, dikritik semata mata nak menjayakan wedding aku. U did ur best bro! Berjaya juga kita menjayakan majlis pertama dalam keluarga nek melah secara gilang gemilang. Kak long cakap, nenek cakap " sempat jugak Lah merasa wedding nie. Tak pernah Lah pergy majlis macam nie". Terima Kasih atas sokongan nenek. =).Walaupun ada nyamuk2 bercakap dibelakang, biasa lah... anggap sahaja mereka tak pernah merasa majlis sebegini. Kita dah bagi mereka merasa, tak ada apa nak disesalkan =)

Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan majlis aku. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.. Insyallah wedding adik aku, which i dunno when its gonna be happen.. but for sure one day... akan dijayakan sekali lagy. Insyallah segala pengalaman dan keringat akan kakanda mu turunkan buat kamu... Thanks semua. Jasa kalian akan sentiasa terpahat didalam hati ini. Assalam.

Sunday, October 23, 2011

Meroyan


... abes semua org meroyan.. penyakit keturunan kut.. ahha. !

Thursday, September 29, 2011

Taman Teknologi, Kajang







Mula2 aku dah terjumpe rumah nie... masa aku drive2 bersama family.. dalam hati dah terdetik.. alngkah bestnya dapat umah nie.. cukup kriteria yang aku nak.. yang best ade 7 bilik uollzz ... tup tup.. browse website mudah.. dan terpesona tengok umah nie.. time nie, tak tau lagi umah yang sama aku terjumpe dlu... AND finally aku pergi sekali lagy dgn family and it was the same house aku nampak before.. mungkin Allah memang mahukan aku beli rumah nie.. insyallah kalau takde apa2... rumah ini milikku.. insyallah.. =)