Thursday, November 10, 2011

Wedding ~ 9.10.11

Sudah lama tak dicoretkan cerita dalam blog aku neh. dah berhabuk nampaknya... tapi pembaca tetap ada walaupun jarang diupdate. =) oh yaaa... baru ja bertukar status sebagai husband.. huhuhu... agak janggal lidah ini untuk menyebut.. hehehe.. aku sangat gembira dan berbangga dengan kejayaan wedding aku bulan lepas. Bagi yang tak tahu.. ianya telah diadakan di The Club pada 9.10.11. Alhamdulillah majority daripada tetamu yang hadir.. datang mengucapkan tahniah pada aku dan juga family. Aktiviti dan video yang direncanakan begitu menarik perhatian mereka. Sampai guru besar sekolah rendah aku mengucapkan tahniah kepada kak long diatas ucapan penuh semangat dan syahdu yang beliau berikan. Oh yaa... thanks to Kak Long kerana faham jugak apa yang aku mahukan beliau sampaikan kepada audience.



Sahabat2 rapatku yang sanggup bersusah payah berlatih menyanyi dan juga menari sepanjang minggu, begitu membuatkan hati aku tersentuh. Aku tak sangka aku mempunyai sahabat2 begini. Kami berlatih menyanyi sehingga tengah malam semata untuk mendapatkan tune suara berkumpulan yang sedap. Masing2 memberikan pendapat sendiri bagaimana mahu menjadikan persembahan lebih menarik. Thanks semua. Macam gambar diatas... mereka semua sudi mengikut tema merah putih... huhuhuhu... terharu.. nampak sangat professional kan.. wpon seminggu jer berlatih... =) Naseb baik la suara aku ada dimalam tersebut nak melafazkan ayat terakhir dalam lagu "Kaulah Segalanya"... Goshhh... siap hafal lagu tuh.. Alhamdulillah berjaya juga melaksanakan ayat terakhir tu... siap buat acrobatic kat line tu walaupun sebaris je ayat.. hehehe.. Recap balik... "cintaku padamu... ikhlas sejati"... insyallah.. sayang dan cinta aku pada wife akan kekal sehingga akhir ayat.

Terima Kasih juga pada pihak2 yang sudi menaja majlis aku... hehehe.. klasss macam artis ade sponsor... video tue disponsor oleh sahabat aku... shantekkan.. penat tau shotting dua hari semata nak mendapatkan shoot yang menarik. Mokie, u are the best! Hidangan sushi juga turut disponsor oleh sahabat baik aku. Beliau yang datang sendiri untuk buat sushi dan sashimi tu semua.. Tenkiu Lela...

Tak lupa... adik dan mummy yang melayan tetamu2 yang datang. Kesian adik aku, dikritik semata mata nak menjayakan wedding aku. U did ur best bro! Berjaya juga kita menjayakan majlis pertama dalam keluarga nek melah secara gilang gemilang. Kak long cakap, nenek cakap " sempat jugak Lah merasa wedding nie. Tak pernah Lah pergy majlis macam nie". Terima Kasih atas sokongan nenek. =).Walaupun ada nyamuk2 bercakap dibelakang, biasa lah... anggap sahaja mereka tak pernah merasa majlis sebegini. Kita dah bagi mereka merasa, tak ada apa nak disesalkan =)

Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan majlis aku. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.. Insyallah wedding adik aku, which i dunno when its gonna be happen.. but for sure one day... akan dijayakan sekali lagy. Insyallah segala pengalaman dan keringat akan kakanda mu turunkan buat kamu... Thanks semua. Jasa kalian akan sentiasa terpahat didalam hati ini. Assalam.

No comments: