Thursday, December 29, 2011

Ratu Drama Meroyan

... Alhamdulillah ... setelah beberapa belas tahun dendam kesumat yang tersimpan terhadap ratu drama meroyan.. akhirnya tembelang dah pecah dan disaksikan oleh anak beranak beliau. Menjerit jerit mcm org kena rasuk. Tak perlu aku ungkit apa dendam yang tersimpan, sebab benda dah lepas pun.. dan kalau orang lain tahu mungkin akan menyebabkan beliau terjun bangunan. Aku ingatkan tak puas hati masa aku kecik-kecik ja... Rupanya sampai wedding aku nak cuba diumpatkan. Mungkin aku salah kalau setakat nak cakap mcm nie ... "eh, aku nie takde la nak membazir buat wedding anak aku kat Club mcm nie".. tapi kalau beliau pegi mencuba untuk mengumpat pada beberapa orang dalam hari yang sama. Apakah itu? Kalau kau tak nak buat wedding mcm tu.. sudah lah... Aku nie anak buah laki kau kut. Giler hape ko nak pi mengumpat kat adik beradik laki kau. Kau dah menopaus eh? Mak aku menopaus pun takde la meroyan mcm gitu. Haiyooo.. Dan benda yang kau tak tahu lagi adalah... sekutu kau tu atau "jiran rapat kau tu" selalu mengumpat pasal kau tau.? Kau tak tau kan.. takpe, bila masa dan ketika sampai kau akan tau. Sekarang nie 8 Family vs 2 family. Tak lama lagi 9 family vs 1 famili sebab yang 1 famili tu masih lagi terumbang ambing dengan citer sebenar. Dan pada anak sulung beliau tu, aku tak salahkan kau kalau kau terasa hati sebab kau tak tahu cite sebenar. Walaupun begitu, aku masih berterima kasih pada anak sulung beliau yang bagi aku wang sebagai hadiah hari perkahwinan. Cuma kau seorang sahaja dalam ramai sepupu belah mak aku yang bagi. Aku akan ingat sampai akhir hayat sebab aku tau itu ikhlas daripada hati kamu. Cuma yang aku kesalkan kau boleh mempersoalkan majlis aku. Yes, aku dah maafkan keterlanjuran kata-kata kau sebab mungkin aku ada silapnya tapi aku tak akan maafkan apa sahaja yang dituturkan oleh Ratu Drama Meroyan sebab beliau sudah melampaui batas. Dan buat Ratu Drama Meroyan, kau cakap kau tak khusyuk solat sebab terngiang-ngiang membaca carutan adik aku ya. Baiklah, kami sendiri akan mencarut depan-depan biar kau dengar puas-puas supaya segala tembelang kau akan pecah. Walaubagaimanapun terima kasih pada segala umpatan Ratu Drama Meroyan kerana jika tidak aku tak akan dapat menggenggam Ijazah Master aku dan juga menjadi seorang PTD. =)

No comments: