Sunday, February 14, 2010

Perasaan Ini

Aku tertarik untuk bercerita mengenai hati dan perasaan. Perasaan memang sesuatu yang sukar digambarkan. Tak kire lelaki atau perempuan... semua orang ade perasaan. Cuma bagaimana kita mengawal perasaan itu yang membuatkan kita berbeza antara satu sama lain. Sayang ... tidak semua orang boleh membaca perasaan kita. Marahkah... sedihkah... sayangkah.. rindukah.. Hurrrmmm... semua perasaan ini bermain2 diruang hati aku ini. Yerpp... aku mengaku... aku bukanlah seorang lelaki yang kuat perasaannya. Hati aku mudah sangat tersentuh... tidak kirelah pada keluarga, orang tersayang atau sahabat. Tapi aku agak jarang mengekspresikan perasaan aku itu. Sebabnya ? Aku tidak mahu orang lain terasa hati atau tersalah anggap. Tak semua perlakuan aku menjurus pada perasaan aku. Kadang2 betul jua ape yang ipah selalu menegur aku.. don't fake Peh. Tapi nak buat camne.. memang ini diri aku. Aku akan berusaha menggembirakan orang lain sebab itu yang aku mahukan.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.

Selamat Berkasih sayang .....

No comments: